Tuesday, 19 July 2016

"SUBARU IMPREZA WRX STI V-LIMITED (Ver8)" Idaman ku...

"SUBARU IMPREZA WRX STI V-LIMITED (Ver8)" Idaman ku...


Nak cerita... jujur la saya baru kali pertama ada blog... itu pun belum tau guna lagi. Tak pe lah walau apa pun cuba jugak untuk gunakan blog ni... okay lah... Tukar topic...




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... Pertama skali saya nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin..... Walaupun bulan syawal makin berlalu... Walaupun kuih raya kt setiap rumah semua nk habis apatah lagi kek lapis Sarawak yg sentiasa dibawa kuru-kilih kuru-kilih pi dari ruang tamu ke dapur dan patah balik ke ruang tamu setiap kali tetamu dtg nk beraya... Dan yg paling membimbangkan ialah sumber kewangan yg hampir ke tahap muflis akibat ramai sangat tetamu, saudara mara, yg paling hyper skali budak2 lah... asal beraya je, first setmind mesti "DUIT RAYA"... Biasalah tu... saya pun time budak2 macam tu jugak.... skarang nk menjelang dewasa ni kita yg bagi duit raya kt budak2... hahahah... Ehh jap.... Panjang sangat ni cerita pasal raya ni sampai lari tajuk sudah.... Aduh.....





Okay... aaa... skarang ni baru lah nak citer pasal ini... Mungkin ada diantara kamu semua yg ada minat yg sama macam saya... perkara yg paling saya minat nk cakap asal ada orang cakap pasal ni mesti saya mencelah dan cakap pasal benda ni... Saya memang minat sangat pasal kereta apatah lagi kereta laju iaitu bak kata orang "serupa tapi berbeza" memperkenalkan Subaru Impreza WRX STI Version 8 V-limited (2005). Cakap pasal kereta laju ni mungkin orang akan kata Ferari, BMW, Mercedes, dan satu2nya kereta buatan Jepun yg paling laju ialah Nissan GTR R35.... Ni pun famous jugak... Tapi bagi saya memang tk dinafikan yg semua kereta tu laju tapi dari segi ketahanan dan alat ganti yg mudah didapati dengan harga yg meletop... Memang murah gile.... Kalau kita beli engine mitsubishi evo lengkap pun bleh sampai lebih kurang 8000 - 9000 ada yg cekik darah sampai 12000 - 14000. Tapi kereta ni engine dia kalau beli second hand bleh dapat sampai 2000- 3000... Kosnya lebih rendah berbanding nk modified proton nk kasi ribut itu kereta... Jarang kereta ni kt Malaysia.. Dah namanya "limited"... Memang lah jarang... Kalau orang yg tak tau kereta ni diorang akan nampak dan cakap.. "ala... kete waja je ni..." ataupun yg tau 50 percent je mungkin mereka akan cakap "alaa... waja costum je ni... orang yg ada kete waja ni pun bleh buat... costum bumper lepastu letak spoiler subaru...". Tapi yg tau pasal kereta ni mereka akan teruja nampak... sebab dlm Malaysia ni cuma ada dlm 400 - 500 biji je . Memang jarang lah... Belum tolak yg accident, hancur lebur buat half cut.. Kalau ada pun ada dari Singapore ada dari Jepun... Tapi yg paling tahan yg biasa digunakan oleh pemain2 rally dunia ialah yg buatan Jepun....




Sbb tu kalau kete ni bawak pi hutan pun steady je... cuba kalau korang bawak Ferari pi hutan memanglah laju tapi tk jadi lah confirm lebur sbb Ferarri spec utk laju pi highway je bkn utk masuk hutan.. Sbb tu orang kampung atau org pedalaman ni ada yg pakai Subaru... Ada juga kete lain yg orang kampung guna macam Mitsubishi Evo, Honda civic kokdiang (EF, EG, EK, terbaru FD), Proton dh custom.... dn lain2 lah... Saya orang pedalaman... Sbb tu kete import yg paling banyak digunakan ialah kereta buatan Jepun dimana ianya sesuai dengan permukaan jalan raya di Malaysia.... Kalau nk bawak pi jalan ke.. Nk pi memancing ikut jalan estet ke... Nk berkelah ke memang sesuai sgt dengan spec kete ni.... Ha.... Saya nk citer lah pasal kete ni dh alang baru pki blog.... kereta Subaru Impreza WRX STI V-Limited ni telah dikeluarkan sejak dalam lingkungan 2003 hingga 2005... Kereta ni dah lama dikeluarkan tapi masih lagi orang cakap pasal kete ni.... "Mana mau dpt" "siapa yg pki kete ni" dan ada juga yg mengharap agar syarikat Subaru mengeluarkan kereta ini skali lagi.... Sebelum kereta ini dikeluarkan ada kereta Subaru Impreza yg lama2... Macam Subaru Impreza Ver1 hingga 6(GC8), dan yg terbaru sebelum dikeluarkan ialah Ver7(Spec-C)..






Kete ni maksimum speed macam 125ZR je iaitu 180 km/h. Maksimum Rpm ialah 9000 Rpm/m. Maksimum Horsepower (Hp) iaitu 310Hp dan Tork maksimumnya ialah 410Nm. Aksesories luaran ialah standard skirting, Version 8 front and back bumper, dan spoiler standard Version 8 meter. Aksesories dalaman ialah standard Version 8, meter temp water(max 120 C) dan oil(max 90 C) dan meterboost 2.0 KpA jenis Apexi. Apa yg uniknya kete ni ialah komplikasi dan susunan bahagian engine dan wiring dn lain2... Kereta ni menggunakan engine empat selinder melintang (Boxer Engine) dimana kedudukan selinder nya melintang... Maca..m pelik tapi ternyata benar... Kalau masa dia start engine tk bergetar.. Steady je.. Berbanding dengan kete lain yg menggunakan engine empat atau enam selinder menegak yg biasa digunakan oleh kete2 yg biasa  kalau dh start memang tengok steady je tapi kalau bukak bonet depan bergetar engine... Bergetarnya mengalahkan kerusi urut Ogawa.. hahaha... antara sbbnya kerana empat selinder menegak tempat lejang beroperasi kt atas pada satu arah.. Jadi, ia menyebabkan ianya tak stabil dan bergetar.... Kalau engine boxer lain tempat lejang dimana ia pada dua arah iaitu kiri dan kanan.... jadi ianya stabil n steady... tu yg selesa bawak pi keje, pi memancing ikut jalan estet... berasap-asap.. Apa yg lainnya berbanding kete lain ialah bumbung salur angin yg ada pada bonet depan Subaru. Ianya berfungsi sebagai salur angin ke intercooler yg terletak di atas engine dan straight masuk ke dlm engine ... Kalau kete lain kebanyakkan intercooler terletak di depan utk memudahkan angin masuk ke dlm intercooler tetapi processnya agak lambat sedikit sbb kedudukan yg jauh dari engine... intercooler ni berfungsi utk menyejukkan angin yg diambil daripada air filter. Ianya terletak di tepi engine dan disalurkan ke intercooler utk menyejukkan angin tersebut utk mengelakkan peningkatan kadar tekanan (Kpa) dlm engine secara mendadak dan menerusi turbo lalu ke engine.



Lain dri itu, ialah kete ni menggunakan sistem pacuan empat roda atau dikenali sebagai All Wheel Drive (AWD). Pacuan empat roda yg dikenali sbg (4x4) ni biasanya digunakan oleh kenderaan jenis macam Toyota Hilux, Nissan Navara, Mitsubishi Triton VGT, Ford Ranger dan lain2 lah.... Tapi pacuan empat roda (AWD) yg lazim digunakan dalam kereta ni agak berlainan berbanding 4x4 tadi... Dimana keempat2 roda berfungsi mengikut permukaan jalan raya. Ratio tayar depan ngn belakang ialah 70 : 30. Ianya menjadikan perjalanan yg lebih lancar walaupun pada waktu hujan yg biasanya jalan licin... Biasanya kebnyakkan pemain rally gemar menggunakan sistem (AWD) ni utk keselamatan daripada tergelincir semasa membelok.. Sesuai juga utk jalan estet. Kalau nk bawak main kat pantai pun bleh... confirm kena kecam... hahaha... Tayar standard yg digunakan oleh kete ni ialah 255/35 R17. Sistem AWD sangat sesuai dengan berat dan kelasakan kete ni... Lagi sedap bawak kete ni drpd kete lain apatah lagi bawak pi memancing bawak balik ikan patin..... hehehe....






Bukan pemain rally je yg pakai kete ni malah pelumba dari kategori lain macam Drifter, Track Racer, Drag Racer malah yg paling mengejutkan ialah Haram Racer pun pakai kete ni.... Cuma mereka akan modified dari segi spec, engine yg lebih performance ataupun pacuan dan lain2 lagi lah. Bak kata orang "kalau dh modified semua bende bleh jadi. Antaranya yg pernah dibuat org ialah Subaru modified jadi monster car spec.. Boleh pacak... Bagai2 cara... Tapi yg tk pernah dengar ialah modified boleh terbang... Memang tak pernah ada pun. Kalau kapal terbang tu adalah. hahaha.... 

Yg istimewanya kerete ni ialah reka bentuk kereta ni yg tuff ataupun orang kata "sado" menarik lagi perhatian org utk memilikinya.... Walaupun rupanya adalah ala2 waja, Walaupun org yg ada kete waja boleh custom jadi macam subaru. Tapi dari segi kualiti dan serbagunanya kete ni memang tk boleh ditandingi dgn kete lain.... kete ni pada mulanya dimiliki oleh org yg berduit. Tapi dengan turunnya harga kete ni ia bukan sahaja boleh dimiliki oleh orang yg taraf sederhana malah org yg berpendapatan rendah pun bleh pakai kete ni cuma kena cari lah sbb kete ni dh tk banyak dan pengeluaran kete ni pun dah lama dihentikan dan kete baru mula dikeluarkan. Kereta yg terbaharu dikeluarkan pada tahun ini ialah kereta Subaru Impreza WRX STI Version 11 (2015). Spec kete V11 ni dh tak sama macam kete sebelumnya yg menekankan tentang ketahanan dan keupayaan kereta utk ke perlumbaan rally. Sebaliknya kete V11 ni hanya utk menunjukkan kemodenan dan kemewahan semata2 dan tidak sesuai utk bawa kt kampung... Tapi kalau dh custom jadi spec rally pun boleh, nak jadi spec lumba trek pun boleh, nak jadi spec bawak pi estet pun boleh... Tapi nk jadi kereta nk buat keje tani letak empliment macam pelik.... hrmmm...

Bukan kt Malaysia je yg import kete ni malah negara-negara Eropah pun import kete ni walaupun negara mereka ada kete buatan negara macam Lamborghini, Tesla, Astorn Martin, Bentley, Bugatti dan lain2 lagi lah...Sebabtu kalau perasan biasanya yg "Samseng Jalan Raya" atau dlm kata lain "Sreet Racer" ni tak kiralah kat negara mana sekalipun mesti ada yg pakai kereta buatan Jepun sbb macam saya kata tadi spec kete Jepun memang sesuai sgt dengan persekitaran dan muka bumi.. Malah dalam filem berunsur aksi dlm permotoran macam "Fast and Furious" ada yg pakai kereta Jepun dan kalau nk buat stunt accident memang kereta Jepun lah jadi bahan stunt... filem tempatan macam "Evolusi KL Drift" pun macam tu jugak.... 



Subaru Impreza WRX STI Type R (Version 5)(Kanan) 

Subaru Impreza WRX STI (Version 11)(Kiri)



Subaru Impreza WRX STI V-Limited (Version 8)



Series lah kalau saya dapat kete ni memang saya dh tak pandang kereta lain dh... Sbb bukan senang dapat kete ni tapi buatan Jepun yg sgt kualitinya... Allahuakbar.... Kalau buatan Singapore dh byk sangat dan spec dia pun sekadar bawak jalan2 macam Waja jugak... Kalau dithrowbackkan Version-version dlu lagilah... Perg..... 
Kalau masa Raya nanti berderum bunyi kete ni satu kampung mengamuk... Tak de lah... Saya harap org kampung saya baik2 belaka... In Shaa Allah... 
Okaylah sampai sini je lah saya punya cerita... Nk cerita panjang... tak sampai hati plak nanti... okay akhir kata... Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir Dan Batin dari saya yg noob lagi blur....
Sekian Assalamualaikum dan salam sejahtera .....
#likeblogsaya
#budakupmkb

2 comments:

  1. Assalamualaikum.. Nak tanya ya. Kereta ni kuat meragam tak? Minat juga kereta ni cuma tak mampu lagi nak memiliki 😅

    ReplyDelete
  2. Gambling is a fun and risk free game for many - Dr.MD
    › gambling › gambling Gambling Casino 이천 출장마사지 online is 사천 출장샵 an interesting and 포천 출장마사지 well-designed gambling game that you can win and wager on at any casino. This is one of the most 포항 출장샵 popular casino 서귀포 출장안마 games

    ReplyDelete